1.1. Laman web ilmure.com dan portal.ilmure.com dimiliki serta dikendalikan sepenuhnya oleh ILMU MUTIARA REBRANDING SDN. BHD. (No. SSM: 202601042628 / 1704723-D) ("Syarikat").
1.2. Bukan Firma Guaman: Syarikat ialah penyedia perkhidmatan pengurusan dokumentasi kebankrapan dan penyusunan penyata kewangan pentadbiran. Syarikat dan wakilnya (termasuk Tuan Ikaz) BUKAN peguam bela dan peguam cara, bukan firma guaman, dan tidak memberikan nasihat perundangan (legal advice) atau mewakili Klien di mahkamah di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976.
1.3. Bukan Agensi Kerajaan: Syarikat adalah entiti komersial swasta dan tidak mempunyai sebarang kaitan, pengesahan, atau gabungan dengan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) atau mana-mana badan kerajaan.
2.1. Setiap urusan semakan, konsultasi, kelas bimbingan, dan penyediaan kertas kerja adalah perkhidmatan berbayar syarikat sepenuhnya. Syarikat tidak menawarkan khidmat percuma atau rujukan percuma ke agensi luar.
2.2. Bagi penyediaan draf surat permohonan, penyata kewangan, atau draf afidavit sokongan (Seksyen 105, 33A, 33C, kebenaran pasport, akaun bank, kebenaran berniaga, atau semakan ansuran), Syarikat bertindak semata-mata sebagai penyedia bantuan pengkeranian dan penyusunan dokumen berdasarkan fakta serta angka yang dibekalkan oleh Klien sendiri. Pengikraran sebarang afidavit adalah dilakukan oleh Klien sendiri di hadapan Pesuruhjaya Sumpah yang bertauliah.
2.3. Struktur Kadar Yuran Rasmi:
3.1. Klien mengakui bahawa yuran yang dibayar adalah untuk kemahiran pentadbiran dan masa penyediaan kertas kerja, bukannya membeli keputusan kelulusan. Kuasa meluluskan, menolak, atau menetapkan syarat ansuran terletak 100% di bawah budi bicara Ketua Pengarah Insolvensi (MdI), pemiutang, atau Mahkamah.
3.2. Kecuali Carian Rasmi Status (24 jam), tempoh masa maklum balas bagi semua permohonan kertas kerja adalah tidak diketahui dan bergantung sepenuhnya kepada proses dalaman pegawai MdI. Kelewatan pihak MdI bukan alasan pelanggaran kontrak oleh Syarikat.
4.1. Semua pembayaran yuran yang telah dijelaskan kepada Syarikat adalah muktamad dan tidak boleh dikembalikan (strictly non-refundable) sebaik sahaja pembayaran disahkan dan pembukaan fail, carian, penjadualan sesi, atau penyediaan draf dimulakan.
4.2. Sekiranya Klien gagal memberikan dokumen sokongan yang diminta dalam tempoh tiga puluh (30) hari, gagal hadir ke sesi konsultasi/kelas yang dijadualkan, atau membatalkan perkhidmatan secara sebelah pihak, fail Klien akan dianggap dorman/batal tanpa sebarang pemulangan yuran.
4.3. Sebarang penolakan permohonan oleh MdI tidak melayakkan Klien menuntut pemulangan wang atau membuat tolak-bayar (chargeback).
5.1. Syarikat menjamin maklumat fail Klien dikendalikan secara 100% P&C (Private & Confidential). Sebagai balasan, Klien juga terikat dengan kewajipan kerahsiaan untuk tidak merakam, menyalin, mengedar, atau menjual sebarang draf kertas kerja, templat penyata kewangan, atau kandungan Kelas Ilmu Bankrap (RM 3,999.00) kepada pihak ketiga.
5.2. Larangan Kenyataan Memudaratkan: Sebarang ketidakpuasan hati atau pertikaian hendaklah diselesaikan secara bertulis dengan pengurusan Syarikat. Klien bersetuju untuk tidak memuat naik kenyataan berunsur fitnah, mengelirukan, atau serangan peribadi terhadap Syarikat atau Tuan Ikaz di mana-mana platform media sosial. Pelanggaran klausa ini membolehkan Syarikat memulakan tindakan saman fitnah sivil dan tuntutan ganti rugi serta-merta.
6.1. Klien bersetuju untuk menanggung rugi (indemnify) dan melepaskan Syarikat daripada sebarang tuntutan atau penalti undang-undang yang timbul akibat maklumat palsu, penyembunyian aset, atau keingkaran Klien sendiri terhadap arahan Jabatan Insolvensi Malaysia.
6.2. Dalam apa jua keadaan, liabiliti maksimum Syarikat kepada Klien (jika diputuskan oleh mahkamah) adalah terhad kepada jumlah yuran perkhidmatan sebenar yang telah dibayar oleh Klien bagi urusan berkaitan sahaja.
Terma ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah di Malaysia.