PENTING: Sila baca Terma dan Syarat Rasmi ini sebelum memohon atau membuat
sebarang pembayaran perkhidmatan.
1. PENAFIAN STATUS ENTITI, BUKAN FIRMA GUAMAN
& BUKAN AGENSI KERAJAAN
1.1. Laman web ilmure.com dan portal.ilmure.com dimiliki serta
dikendalikan sepenuhnya oleh ILMU MUTIARA REBRANDING SDN. BHD. (No. SSM: 202601042628 /
1704723-D) ("Syarikat").
1.2. Bukan Firma Guaman: Syarikat ialah penyedia perkhidmatan pengurusan
dokumentasi kebankrapan dan penyusunan penyata kewangan pentadbiran. Syarikat dan wakilnya
(termasuk Tuan Ikaz) BUKAN peguam bela dan peguam cara, bukan firma guaman, dan tidak memberikan
nasihat perundangan (legal advice) atau mewakili Klien di mahkamah di bawah Akta Profesion
Undang-Undang 1976.
1.3. Bukan Agensi Kerajaan: Syarikat adalah entiti komersial swasta dan tidak
mempunyai sebarang kaitan, pengesahan, atau gabungan dengan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI)
atau mana-mana badan kerajaan.
2. PRINSIP OPERASI & SKOP PERKHIDMATAN
BERBAYAR
2.1. Setiap urusan semakan, konsultasi, kelas bimbingan, dan penyediaan kertas kerja adalah
perkhidmatan berbayar syarikat sepenuhnya. Syarikat tidak menawarkan khidmat percuma atau
rujukan percuma ke agensi luar.
2.2. Bagi penyediaan draf surat permohonan, penyata kewangan, atau draf afidavit sokongan
(Seksyen 105, 33A, 33C, kebenaran pasport, akaun bank, kebenaran berniaga, atau semakan
ansuran), Syarikat bertindak semata-mata sebagai penyedia bantuan pengkeranian dan penyusunan
dokumen berdasarkan fakta serta angka yang dibekalkan oleh Klien sendiri. Pengikraran sebarang
afidavit adalah dilakukan oleh Klien sendiri di hadapan Pesuruhjaya Sumpah yang bertauliah.
2.3. Struktur Kadar Yuran Rasmi:
- Carian Rasmi Status (RM 100.00): Hanya membekalkan rekod rasmi status
bankrap atau tidak dalam tempoh ~24 jam selepas bayaran dijelaskan.
- Sesi Konsultasi Personal (RM 500.00): Sesi perbincangan fail kes bersama
Tuan Ikaz (berasingan dan tiada tolak-menolak yuran).
- Pengurusan Kertas Kerja Standard Bawah RM 1 Juta (RM 3,999.00): Penyediaan
dokumentasi penuh A–Z bagi Seksyen 105 (Bayaran Permulaan), 33A, 33C, Semakan Ansuran, Akaun
Bank, Kebenaran Keluar Negara, dan Kebenaran Berniaga.
- Skala Besar POD Melebihi RM 1 Juta (Seksyen 33A): Mengikut carta skala: RM
1M–1.99M (RM 8,499); RM 2M–2.99M (RM 10,999); RM 3M–4.99M (RM 13,999); RM 5M–7.49M (RM
17,999); RM 7.5M–9.99M (RM 21,999); RM 10M+ (RM 25,000+).
- Kelas Ilmu Bankrap (Pra-Kebankrapan 3 Jam): RM 3,999.00.
3. TIADA JAMINAN KELULUSAN & PIAWAIAN MASA
JABATAN INSOLVENSI (MdI)
3.1. Klien mengakui bahawa yuran yang dibayar adalah untuk kemahiran pentadbiran dan masa
penyediaan kertas kerja, bukannya membeli keputusan kelulusan. Kuasa meluluskan, menolak, atau
menetapkan syarat ansuran terletak 100% di bawah budi bicara Ketua Pengarah Insolvensi (MdI),
pemiutang, atau Mahkamah.
3.2. Kecuali Carian Rasmi Status (24 jam), tempoh masa maklum balas bagi semua permohonan kertas
kerja adalah tidak diketahui dan bergantung sepenuhnya kepada proses dalaman pegawai MdI.
Kelewatan pihak MdI bukan alasan pelanggaran kontrak oleh Syarikat.
4. POLISI PEMBAYARAN MUKTAMAD & TIADA
PEMULANGAN WANG (NON-REFUNDABLE)
4.1. Semua pembayaran yuran yang telah dijelaskan kepada Syarikat adalah muktamad dan tidak boleh
dikembalikan (strictly non-refundable) sebaik sahaja pembayaran disahkan dan pembukaan fail,
carian, penjadualan sesi, atau penyediaan draf dimulakan.
4.2. Sekiranya Klien gagal memberikan dokumen sokongan yang diminta dalam tempoh tiga puluh (30)
hari, gagal hadir ke sesi konsultasi/kelas yang dijadualkan, atau membatalkan perkhidmatan
secara sebelah pihak, fail Klien akan dianggap dorman/batal tanpa sebarang pemulangan yuran.
4.3. Sebarang penolakan permohonan oleh MdI tidak melayakkan Klien menuntut pemulangan wang atau
membuat tolak-bayar (chargeback).
5. KERAHSIAAN DUA HALA (100% P&C), HARTA
INTELEK & LARANGAN FITNAH SIBER
5.1. Syarikat menjamin maklumat fail Klien dikendalikan secara 100% P&C (Private &
Confidential). Sebagai balasan, Klien juga terikat dengan kewajipan kerahsiaan untuk tidak
merakam, menyalin, mengedar, atau menjual sebarang draf kertas kerja, templat penyata kewangan,
atau kandungan Kelas Ilmu Bankrap kepada pihak ketiga.
5.2. Larangan Kenyataan Memudaratkan: Sebarang ketidakpuasan hati atau pertikaian hendaklah
diselesaikan secara bertulis dengan pengurusan Syarikat. Klien bersetuju untuk tidak memuat naik
kenyataan berunsur fitnah, mengelirukan, atau serangan peribadi terhadap Syarikat atau Tuan Ikaz
di mana-mana platform media sosial. Pelanggaran klausa ini membolehkan Syarikat memulakan
tindakan saman fitnah sivil dan tuntutan ganti rugi serta-merta.
6. PELEPASAN TANGGUNGAN (INDEMNITI) & HAD
LIABILITI MAKSIMUM
6.1. Klien bersetuju untuk menanggung rugi (indemnify) dan melepaskan Syarikat daripada sebarang
tuntutan atau penalti undang-undang yang timbul akibat maklumat palsu, penyembunyian aset, atau
keingkaran Klien sendiri terhadap arahan Jabatan Insolvensi Malaysia.
6.2. Dalam apa jua keadaan, liabiliti maksimum Syarikat kepada Klien (jika diputuskan oleh
mahkamah) adalah terhad kepada jumlah yuran perkhidmatan sebenar yang telah dibayar oleh Klien
bagi urusan berkaitan sahaja.
7. UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL & BIDANG KUASA
Terma ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif
Mahkamah di Malaysia.
NOTIS PRIVASI PDPA 2010: Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
(Akta 709).
1. PENGUMPULAN DATA & MANDAT KLIEN
Kami mengumpul nama, No. Kad Pengenalan, maklumat hubungan, slip gaji, penyata bank, rekod
mahkamah/MdI, dan Bukti Hutang (POD) yang anda serahkan melalui ilmure.com,
portal.ilmure.com, atau WhatsApp rasmi. Dengan membayar yuran Carian Status (RM
100) atau perkhidmatan lain, anda memberikan mandat dan kebenaran nyata kepada Syarikat untuk
menjalankan carian rekod rasmi bagi pihak anda.
2. TUJUAN PEMPROSESAN DATA
Data diproses khusus untuk:
- Semakan dan diagnostik status kebankrapan di Jabatan Insolvensi Malaysia.
- Penilaian kedudukan kewangan dan struktur permohonan.
- Penyediaan penyata pendapatan/perbelanjaan dan draf kertas kerja permohonan ke MdI.
- Pengurusan invois, resit rasmi dan pengesahan transaksi bayaran.
3. KERAHSIAAN 100% P&C & PIHAK KETIGA
Maklumat anda dijamin sulit sepenuhnya (100% P&C) dan tidak akan dijual kepada pihak luar.
Data hanya dikongsikan secara terhad kepada kakitangan dalaman yang diberi kuasa, portal rasmi
kerajaan (bagi tujuan semakan yang dilanggan), penyedia sistem IT/pembayaran kami, atau apabila
diwajibkan oleh undang-undang.
4. HAK AKSES & HUBUNGAN
Anda berhak memohon akses atau pembetulan data peribadi anda dengan menghubungi Pegawai Pematuhan
Data di alamat berdaftar Syarikat atau melalui e-mel rasmi di ask@ilmure.com.